Unity, Development, Excellence: The Hira' FA Way

Misi

Menjadi sebuah akademi

bola sepak akar umbi

yang mengutamakan

konsep pembangunan

bola sepak yang sebenar.

Visi

  • Memberi peluang bermain semua pemain tanpa
    mengambil kira tahap keupayaan dan umur.
  • Membentuk pemain dalam memahami perkara
    asas dalam bola sepak.
  • Menyertai kejohanan atau liga yang memberi
    minit permainan kepada pemain.
  • Memastikan pemain yang berbakat dapat
    terpilih di dalam pemilihan akademi tunas atau
    sekolah sukan.

Sejarah

Permulaan akademi ini hanyalah untuk melatih pasukan
bola sepak Sek. Ren. Islam Hira’ Batu Belah Klang bawah 12
tahun.
▪ Pada tahun 2014, En. Muhamad Al-Fateh yang juga guru di
Sek. Ren. Islam Hira’ Batu Belah Klang diberi tanggungjawab
untuk melatih pasukan bawah 12 tahun SRI Hira’ dibantu oleh
rakan beliau iaitu En. Ekhsan Bukharee Bin Badarul Hisham
seorang guru KAFA.
▪ Pada akhir tahun 2015, En. Fateh dibantu oleh En. Ekhsan
menubuhkan akademi bola sepak dengan kerjasama pihak
sekolah di peringkat umur 9 – 12 tahun dengan dikenali
sebagai Akademi Sri Hira’ Batu Belah (ASH BB). Pada tahun
2016 penglibatan pelatih diperluaskan lagi untuk peringkat
umur 7-12 tahun. Selama 2 tahun perjalanan akademi ini,
hanya pemain-pemain dalam akademi akan dipilih untuk
mewakili sekolah ke MSSD.
▪ Melihat kepada Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara
(PPBN) atau National Football Development Programme
(NFDP), konsep latihan di akademi ini perlu diubah untuk
memastikan akademi ini lebih serius membangunkan pemain
di peringkat akar umbi.
▪ Oleh itu, objektif akademi ini difokuskan pula untuk
membawa pemain-pemain yang mempunyai potensi ke
pemilihan Akademi Tunas Petaling Perdana di bawah
program NFDP.
▪ Selain daripada berlatih, pelatih-pelatih dalam akademi
ini juga diberi pendedahan melalui perlawanan
persahabatan dan penyertaan dalam kejohanan selain
daripada MSSD Klang.
▪ Akademi ini beroperasi dari sudut kewangan melalui
kutipan bayaran yuran daripada setiap pelatih. Yuran
tersebut digunakan untuk membayar gaji jurulatih, membeli
peralatan latihan.
▪ Nama Hira Football Academy atau lebih dikenali Hira FA
telah dirasmikan pada 7 Oktober 2017 oleh guru besar pada
waktu itu iaitu Puan Wan Norzila Binti Wan Jaafar
disaksikan oleh En. Muhamad Al-Fateh Abdul Adzis.
▪ Pada tahun 2020, penyertaan telah dibuka kepada
pemain yang bukan daripada SRI Hira’ bagi mewujudkan
kumpulan pemain yang lebih besar supaya lebih banyak
pemain yang dapat dicungkil bakat.
▪ Hira FA juga telah mengambil jurulatih dari kalangan
alumni Sri Hira’ untuk memastikan tarbiah Hira dapat
dikongsi bersama melalui platform bola sepak.

Organisasi

PENASIHAT

EN. EKHSAN BUKHAREE BIN BADARUL HISYAM

PENGARAH URUSAN

EN. MUHAMAD AL – FATEH BIN ABDUL ADZIS

KETUA OPERASI​

EN MUHAMMAD HARIZ ZIKRI B. MOHAMAD NOR

BENDAHARI

CIK NUR ANISAH SYAHIRA BT. MOHD RAZALI

OPERASI & PENDAFTARAN

EN MOHAMAD NAZWAN B. ROSNAN

CAWANGAN & PADANG

EN. HAIKAL MUBARAK BIN DIN

DATA, JUALAN & PRODUK

EN. PUTRA MOHD DANIAL HEYKAL LAI B. MOHD FIKRI LAI

MEDIA & PEMASARAN

CIK NUSAIBAH BINTI MOHD NAZMI

Barisan Ketua Jurulatih

PENGARAH TEKNIKAL

MUHAMMAD AL-FATEH BIN ABDUL ADZIS
LESEN C AFC

KETUA JURULATIH PUSAT
(SETIA ALAM)

HARIZ 
LESEN GRASSROOT

KETUA JURULATIH
(BANDAR SERI COALFIELD)

HAIKAL MUBARAK
LESEN C

KETUA JURULATIH
(ECO GRANDEUR)

PUTERA MOHD DANIAL HEYKAL LAI
LESEN GRASSROOT

KETUA JURULATIH
(BUKIT BADONG)

MOHAMAD NAZWAN BIN ROSNAN
LESEN GRASSROOT

Ingin mengasah bakat bola sepak anda bersama kami?

Sertai kami untuk pengalaman bola sepak yang tiada tandingan!

Peluang keemasan menanti anda di Hira' FA!

Hubungi Kami

Sila Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut,

copyright hirafaclub.com | Kelab Bola Sepak Hira’ | Design by ART